Angkasa Hujung Tahun di Malaysia

November 16, 2011


Pada waktu hujung tahun ni, langit di Malaysia bukanlah waktu yang menarik untuk melihat langit. Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat menyebabkan hampir setiap hari awan mendung menutupi seluruh langit. Dalam sebulan, mungkin empat lima hari sahaja mendapat langit yang kosong.

Namun begitu, dalam malam-malam yang tak berawan ni, ada beberapa objek menarik yang boleh kita lihat di angkasa dan saya nak kongsikan satu objek yang paling menarik bagi saya.

Buruj Orion atau bahasa melayunya kalau tak silap saya Belantik. Cara paling mudah mengenalinya ialah melalu tiga bintang yang berada dalam satu garis lurus. Tengok sahaja di langit, carilah 3 bintang ini da lepas tu mudah la nak tengok bintang2 lain yg juga dalam buruj ni.

Buruj Belantik

Untuk artikel ni, saya cuma nak kongsi sedikit detail tentang buruj ni. Tiga bintang yang saye sebutkan tadi, namanya Alnitak, Alnilam dan Mintaka. Kalau dilihat dari foto tadi, susunan yang sama adalah dari atas.

Jika dilihat di bucu kiri atas, bintang tersebut dinamakan Saiph. Di bucu kiri bawah pula, dipanggil Rigel dan di bucu kanan atas pula ialah Betelguese manakala bucu kanan bawah ialah Bellatrix.

Jadi mana datang nama-nama ni rasanya? Sekali baca, mesti boleh kenal ada yang macam bunyi-bunyi macam arab kan?

Untuk pengetahuan semua, hanya satu bintang yang disebutkan di atas berasal dari Latin iaitu Bellatrix, nama Latin untuk Pahlawan Wanita.

Alnitak berasal dari Al-Nitaq yang bermaksud (lebih kurang) tali pinggang. Alnilan pula berasal dari Al-Nidzam yang bermaksud tali mutiara. Mintaka pula berasal dari Mantaqah yang bermaksud kawasan. Kenapa dinamakan macam tu, saya belum dapat pastikan lagi.. ๐Ÿ™‚

Rigel lebih intuitif. Berasal dari Rijal iaitu Kaki kerana lokasinya. Begitu juga Saiph dari perkataan Saif iaitu pedang atau asalnya ‘Saif Al-Jabbar’ atau pedang gergasi.

Betelguese bagaimanapun kurang klik jika kita relatekan dengan bahasa arab. Tapi, sebenarnya ia juga berasal dari Arab namun berubah kerana translation error. Ada beberapa pendapat tentang ni, ada yang kata Bat Al-Jauzah, ketiak Orion, ada yang kata Yad Al-Jauzah, tangan Orion yang mana Ya telah dimistranliterate kepada Ba. Ada juga kata Bait Al-Jauzah. Tapi apa-apa pun itulah dia nama-nama bintang paling terang di dalam buruj Orion yang banyaknya telah dikatalogkan oleh saintis-saintis astronomer Muslim di zaman kegemilangan Islam.

Di mana kita sekarang? ๐Ÿ™‚

Advertisements

One Response to “Angkasa Hujung Tahun di Malaysia”

  1. deremind said

    interesting to know the details! teringat dulu kat sekolah ada belajar, macam mana nak tahu arah utara selatan dari buruj2 ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: